UMNO Johor tegas tidak kerjasama dengan DAP

Nigeria News News

UMNO Johor tegas tidak kerjasama dengan DAP
Nigeria Latest News,Nigeria Headlines
  • 📰 UMonline
  • ⏱ Reading Time:
  • 53 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 24%
  • Publisher: 51%

Beliau yang juga Pengerusi BN Johor berkata, keputusan itu jelas dan menzahirkan kematangan rakyat dalam mendakap budaya demokrasi di Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, pihaknya menerima dan menghormati keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 .

“Keputusan PRU15 merupakan isyarat jelas rakyat kepada UMNO dan BN. Oleh demikian, UMNO Johor percaya bahawa Presiden UMNO akan mengambil tanggungjawab yang jelas dan berprinsip demi kelangsungan parti dan orang Melayu amnya. “Buat masa sekarang, keutamaan parti politik adalah membentuk koalisi politik yang stabil dan kerajaan yang berfungsi serta moderat untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa depan. Oleh yang demikian, UMNO Johor berpendirian bahawa koalisi politik yang dibentuk tidak perlu melibatkan parti DAP,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Justeru, katanya, pemilihan UMNO yang bakal diadakan tidak lama lagi perlu berlangsung berdasarkan kerangka pemulihan UMNO. “Keyakinan pengundi kepada parti ini perlu segera dipulihkan agar UMNO kembali diyakini semua rakyat Malaysia. Melangkah ke depan, UMNO dan BN Johor akan terus diperkukuh. Oleh itu, keputusan PRU15 di Johor akan diteliti secara mendalam agar penambahbaikan dapat segera dilakukan,” jelasnya. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Nigeria Latest News, Nigeria Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Orang Johor 'steady', sesak cuma waktu pagi - Polis JohorOrang Johor 'steady', sesak cuma waktu pagi - Polis JohorHanya berlaku sedikit kesesakan trafik di Johor, khususnya di pusat bandar raya ini ekoran ramai pengundi keluar menggunakannya kereta.
Read more »

Saya mohon Zahid letak jawatan Presiden UMNO -MB JohorSaya mohon Zahid letak jawatan Presiden UMNO -MB Johor'Ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana kita tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi. Kita semua perlu berani membuat perubahan ke arah kebaikan demi masa depan parti ini.
Read more »

GE15: Zahid should not be leading negotiations, says Onn HafizGE15: Zahid should not be leading negotiations, says Onn HafizJOHOR BARU: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi should not be leading negotiations with any parties on behalf of Barisan Nasional and Umno, says Johor Mentri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Read more »



Render Time: 2025-08-21 22:05:30