PasirGudang Seorang wanita warga emas diselamatkan polis malam tadi apabila dia lupa jalan pulang selepas keluar membeli barang di Taman Scientex di Pasir Gudang.
Wanita berusia 74 tahun itu diselamatkan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan kira-kira jam 9 malam.
Dalam satu entri di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam malam tadi, wanita itu ditemukan Koperal Mohd Azwan Zainal dan Lans Koperal Muhammad Amirul Syafiq Hasan dari Unit Kereta Peronda Polis . Wanita berkenaan ditemukan bersendirian di kaki lima deretan kedai berhampiran sebuah pasar raya bersama beberapa beg plastik berisi barang keperluan.
“Anggota terbabit menghampiri wanita warga emas berkenaan ini dan bertanyakan jika mengalami masalah dan mendapati wanita ini terlupa jalan pulang selepas membeli barangan keperluan. “Wanita itu tinggal berseorangan dan selepas membeli barangan keperluan dari pasar raya itu, dia kepenatan dan terlupa jalan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira lapan kilometer dari situ,” kata kenyataan itu.Anggota polis berkenaan berjaya menemui alamat wanita warga emas melalui satu kad rawatan Hospital Sultanah Aminah yang dibawanya.Hantaran yang dimuat naik itu mendapat reaksi daripada warganet yang rata-rata memuji tindakan mulia anggota polis terbabit.
Nigeria Latest News, Nigeria Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kesian nasibmu Noah...6 penyakit dalam satu masasenawang Noah Ulhaq, berusia dua tahun menghidap penyakit tulang kaki bengkok selain lima komplikasi kesihatan lain iaitu sindrom noonan (kelainan genetik), jantung berlubang, angin pasang, jangkitan kuman dalam paru-paru dan talasemia.
Read more »
Kesian Messi...bolatime Lionel Messi tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa di bilik persalinan selepas Barcelona dimalukan 2-8 oleh Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Read more »
Kesian Safawi tak beraksi lagiKuala Lumpur: Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid terus kempunan untuk meraih debut pertama bersama Portimonense SC apabila sekali lagi memanaskan bangku simpanan ketika pasukannya tewas 0-1 dalam aksi pusingan ketiga Piala Portugal awal pagi tadi.
Read more »
Kesian...rumah warga emas dah jadi 'hutan'Jelebu: Tiada apa lebih menggembirakan pasangan suami isteri warga emas di Kampung Gepu, Ulu Jelebu di sini, susulan kemunculan berpuluh sukarelawan yang bergotong royong membersihkan rumah mereka tadi.
Read more »
Kesian 2 beradik, harapkan petai untuk hidupkualapilah Dua beradik kategori Orang Kurang Upaya (OKU) lembam itu hanya bergantung antara satu sama lain dan hidup serba kekurangan
Read more »